Description
Rumah : Renovasi penuh dengan pintu bilik,pintu rumah, bilik mandi serta jubin baru sepenuhnya, siling plaster beserta “downlight”, “water -proof” bumbung dan cat baru seluruh rumah , pendawaian baru dan separa perabot disediakan.
a) 3 bilik tidur (2 bilik mempunyai penghawa dingin,1 bilik hanya kipas siling) , 2 bilik air bersama pemanas air , setiap bilik mempunyai kipas termasuk juga di bilik tamu dan ruang makan.
b) Rumah dilengkapi dengan tingkap aluminium, gril dan pintu masuk keselamatan (safety door) baru.
c) Dapur dengan “table top” berjubin, 1 dapur gas, 2 sinki basuh serta 1 kabinet dapur. Terdapat dapur basah (wet kitchen) dan dapur kering (dry kitchen).
d) 1 Peti sejuk,1 mesin basuh, meja makan 6 kerusi dan ampaian pakaian disediakan.
e) 2 Ruang meletak kenderaan
f) CCTV, penapis air, almari pakaian dan TV + pakej NJOI akan dipasang jika ada keperluan dengan bersyarat * (pakej NJOI & kos sewaan penapis air dan WIFI bagi CCTV perlu dibayar oleh penghuni).
Lokasi Rumah : Taman Rapat Indah Gunung Rapat, Rumah Teres Berdekatan dengan:
1) 5-10km ke Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
2) 5km ke KFC, Pizza, McDonalds, Food Court, Pasar Pagi, 10km to Lost World of Tambun, Supermarket dan Hypermarket , JUSCO,TESCO.
3) 5-7km ke Politeknik Ungku Omar,Sekolah STAR, Veterinary Research Institut, Stesen Radio, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, SM Teknik Ipoh dan Hospital Pantai Puteri.
4) 3km ke Gua Kek Look Tong, 5km ke Gua Sam Poh Tong, 7km ke Tasik Cermin Ipoh dan 30 km ke Gua Tempurung.
5) Dalam 20km ke Tol Simpang Pulai dan persimpangan ke Cameron Higlands.
6) 20-30 km ke Bandar Ipoh , Terminal Bus, dan Agensi Kerajaan.
7) Berdekatan dengan tempat ibadah, bank, stesen petrol dan pusat makanan.
Sewa : Bayaran sewa pada atau sebelum 5hb pada setiap bulan. Kelewatan bayaran melebihi 3 hari daripada Tarikh yang ditetapkan akan dikenakan caj tambahan 5% daripada nilai sewaan setiap hari.
1) Bilik bersama Penghawa Dingin (RM400/bilik), Bilik Tanpa Penghawa Dingin (RM200/bilik).
2) Bayaran adalah 2 Bulan Deposit + 1 Bulan Sewa + 1 Bulan Utiliti
3) Perjanjian Sewaan akan diberi Bersama Stamping LHDN dengan bayaran RM100 oleh penyewa rumah/bilik.
4) Tidak dibenarkan menyimpan haiwan kesayangan
5) Submeter bagi penghawa dingin akan dipasang jika penyewaan secara bilik.
6) Penghuni menanggung Bil Air dan Bil Elektrik sahaja.
7) Sebarang kerosakan pada perabot, perkakasan, peralatan elektrik, perpaipan,struktur binaan (dinding, pintu, dan sebagainya) yang disebabkan oleh kecuaian penghuni perlu ditanggung dan dibaiki atau diganti dengan harga setara oleh penghuni selepas dimaklumkan kepada pemilik rumah. Kos perlu ditanggung oleh penghuni.
8) Kerosakan seperti kebocoran paip bawah tanah, atas bumbung, dan lain-lain yang bukan disebabkan oleh kecuaian penghuni akan ditanggung kos oleh pemilik rumah sama ada untuk dibaiki atau ditukar baru.
9) Hanya seramai 8 penghuni secara maksimum dibenarkan menghuni di rumah ini.
Amenities
Air ConditionerWashing machineRefrigeratorCooking facilityWater heaterFully furnished
Rental Details
Security Deposit
2.5 month
Minimum Stay
1 month